Pantai Kahapan

Pada mulanya pantai ini tidak dikenali umum.Pada tahun 2003 jalan ke pantai ini mula di naik taraf oleh kerajaan dan siap sepenuhnya pada awal tahun 2004.sejak itu ramai orang berkunjung ke Pantai ini dan kagum dengan keindahan semulajadinya.Ramai orang mengatakan pantai ini adalah salah satu pantai yang tercantik di Daerah Tungku.Setiap orang yang berkunjung pasti mengatakan "Cantiknya pantai ini" dari situ penulis menamakan Pantai ini sebagai "Pantai Kahapan"
dalam bahasa bajau, ertinya dalam bahasa Melayu "kecantikan, Kebaikan,aman,sentosa,sejahtera,tenang,damai".
Pantai di penuhi pasir berwarna kehitam-hitaman dan batu-batu kerikil.Air lautnya jernih dan bersih jauh dari pencemaran.

Lokasi:
55 km dari Bandar Lahad-Datu,mengambil masa sejam perjalanan darat.


Aktiviti yang boleh di buat di Pantai Kahapan.

1.Anda boleh mandi-manda bersama keluarga.
2.Boleh menyelam melihat keindahan batu karang yang di tumbuhi pelbagai spesis hidupan laut yang bewarna-warni.Pelbagai jenis ikan juga terdapat di sini.
3.Boleh memukat,memancing.
4.Anda juga boleh memancing ikan laut dalam dengan menyewa bot yang tidak jauh dari sini.
5.Boleh berkhemah dan bermalam di sini bersama-sama keluarga.
6.Aktiviti sukanneka boleh di buat di sini secara santai.

Kemudahan.
Air tawar untuk berbilas ada di sediakan dengan harga berpatutan.Pantai Kahapan ini dalam perancangan untuk dibangunkan dan dijadikan salah satu pantai menjadi destinasi semua pengunjung pada masa akan datang.

Keselamatan.

Setakat ini Pantai Kahapan dalam keadaan selamat untuk dikunjungi samada siang ataupun malam.Kerana Pantai Kahapan ini sentiasa dironda oleh anggota PGA yang berpangkalan di Kg. Membatu yang memiliki kelengkapan yang canggih,seperti bot laju dan sebagainya.

Jika anda inginkan ketenangan berkunjunglah Ke Pantai Kahapan.Jangan lepaskan peluang ini.

Sunday, March 29, 2009

Beginning of Kahapan Beach






Selamat Datang and welcome di Kahapan2u Blog...